
SERKAM, 26 Jun – Pelaksanaan mekanisme subsidi diesel berasaskan MyKad di seluruh negara disifatkan sebagai pendekatan yang lebih bersasar, telus dan mudah.
- Pengguna Melaka memberi respon positif terhadap penurunan harga diesel yang diumumkan.
- Penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter dinantikan pemilik kenderaan diesel.
- Pengusaha lori dan syarikat berkata penurunan membantu kurangkan beban serta memudahkan operasi harian.
Rata-rata pengguna di Melaka memberikan respon positif atas pelaksanaan itu. Malah, penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter, antara yang dinantikan pemilik kenderaan yang menggunakan diesel.
“Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana menurunkan harga diesel. Langkah ini amat memudahkan kami, khususnya kepada syarikat dalam keadaan semasa yang sangat bergantung kepada penggunaan diesel untuk menjalankan operasi kerja. Diharapkan penurunan ini dapat mengurangkan beban kami”, kata pengguna diesel Haznan Mat Jud.
“Penurunan harga itu mengurangkan beban kepada pengguna lori dan pengusaha lori. Sekurang-kurangnya, ia membantu menampung kos operasi, Jika harga tidak turun, kenderaan juga tidak bergerak. Dengan penurunan seperti ini, operasi juga lebih mudah diteruskan”, kata Sufian Ramli.
“Sebagai pengguna diesel, beliau berkata adalah lebih baik sekiranya kerajaan menurunkan harga diesel kerana sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban kos,” kata Mohd Faizal Abdullah.