
MIAMI, 22 JUN – Cape Verde terus mencuri tumpuan apabila berjaya mengikat Uruguay 2-2 pada perlawanan kumpulan H pagi tadi, sekali gus menghidupkan peluang skuad kendalian jurulatih Bubista itu untuk mara ke pusingan kalah mati selepas meraih dua mata setakat ini.
- Cape Verde menjaringkan gol pembukaan melalui sepakan percuma pada minit ke-21.
- Uruguay menyamakan dan mengambil kelebihan dengan dua gol babak pertama oleh Maximiliano Araujo dan Agustin Canobbio.
- Kesilapan penjaga gol Fernando Muslera pada minit ke-61 memberi ruang kepada Helio Varela menjaringkan gol penyamaan.
- Kedudukan kumpulan H: Sepanyol di tangga pertama, Uruguay di kedua dan Cape Verde di ketiga.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Miami berkenaan, pemain tengah Cape Verde meledakkan gol pembukaan menerusi sepakan percuma pada minit ke-21.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Uruguay yang turun dengan reputasi penyandang juara sebanyak dua kali melakukan asakan bertali arus untuk meledakkan dua gol pada babak pertama perlawanan.
Gol penyamaan dijaringkan pemain sayap, Maximiliano Araujo pada minit ke-44 menerusi tandukan, sementara gol kedua dijaringkan pemain tengah, Agustin Canobbio pada waktu kecederaan.
Pada minit ke-61, kesilapan penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera yang keluar dari kotak penalti membuka peluang kepada pemain sayap, Helio Varela meledakkan gol penyamaan menerusi rembatan kencang.
Uruguay kini berada di kedudukan kedua kumpulan H menerusi dua mata, berkongsi mata dengan Cape Verde di tempat ketiga.
Sepanyol pula di tangga pertama selepas mengumpul empat mata.