
AMPANG, 14 Jun – Kondominium Highland Towers di Hulu Klang akan dirobohkan sebelum akhir tahun ini selepas Mahkamah Majistret membenarkan permohonan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) minggu lalu.
- Struktur Highland Towers telah terbiar lebih tiga dekad dan kini dalam perancangan untuk diruntuhkan.
- MPAJ sedang menyelaraskan tindakan lanjut, terutama menentukan pihak yang akan mengurus kerja-kerja perobohan.
- Mesyuarat pelarasan akan diadakan melibatkan pemilik unit diwakili pemaju dan pihak insolvensi.
- MPAJ menjangkakan proses perobohan tidak akan mengambil masa lama dan akan dilaksanakan secepat mungkin.
Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Hasrolnizam Shaari berkata, keputusan mahkamah itu membolehkan struktur bangunan yang terbiar lebih tiga dekad tersebut diruntuhkan.
Pihak MPAJ kini dalam proses menyelaraskan tindakan lanjut, terutamanya berkaitan pihak yang akan menguruskan kerja-kerja perobohan.
“Kita akan menganjurkan satu mesyuarat pelarasan yang melibatkan pihak pemilik unit yang diwakili oleh pemaju dan pihak insolvensi.
“Kita menjangkakan perkara ini tidak akan mengambil masa yang lama kerana semuanya sudah jelas bahawa itulah matlamat yang telah ditetapkan.
“Kita menjangkakan dalam tahun ini juga proses perobohan itu akan dilaksanakan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas Program Hari Tanpa Kenderaan sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia peringkat MPAJ 2026 di di sini.