Lebih 5 tan kokain dirampas dalam operasi Tentera Laut Colombia di Caribbean

Foto REUTERS

COLOMBIA, 13 Jun – Tentera Laut Colombia merampas lebih lima tan kokain dalam dua operasi berasingan di Caribbean.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dadah dipercayai dibawa menggunakan bot laju dan menuju ke Amerika Tengah.
  • Operasi pertama: dua warga Colombia ditahan dengan 1.3 tan kokain dalam 50 bungkusan; dibawa ke Pulau San Andres.
  • Operasi kedua: empat warga Colombia dan seorang Honduras ditahan dengan lebih 4 tan kokain dalam 161 bungkusan.
  • Bot operasi kedua karam; semua suspek dan dadah dibawa ke Cartagena untuk siasatan.

Tentera Laut Colombia menerusi kenyataan mendedahkan dadah tersebut dipercayai dibawa menggunakan bot laju dan menuju ke Amerika Tengah.

Dalam operasi pertama di utara Caribbean, dua lelaki warga Colombia ditahan ketika membawa 1.3 tan kokain dalam 50 bungkusan. Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Pulau San Andres untuk siasatan lanjut.

Manakala dalam operasi kedua di barat Caribbean pula empat warga Colombia dan seorang lelaki Honduras ditahan ketika yang membawa lebih empat tan kokain dalam 161 bungkusan.

Bot yang digunakan dalam operasi itu karam di kawasan berkenaan. Keemua suspek serta dadah yang dirampas dibawa ke Cartagena.-REUTERS

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.