Piala Dunia 2026: Yamal fokus pemulihan untuk kembali beraksi

Foto AFP

CHATTANOOGA, 11 Jun – Pemain muda sensasi Sepanyol, Lamine Yamal, sedang berusaha keras untuk pulih daripada kecederaan dan kembali beraksi bagi membantu kempen pasukannya pada Piala Dunia 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Proses pemulihan Yamal bersama dua pemain cedera menunjukkan perkembangan positif.
  • Luis de la Fuente bersama pasukan perubatan akan membuat keputusan muktamad mengenai kesediaan pemain.
  • Karanka puji Yamal sebagai pemain berbakat yang membawa semangat, keyakinan dan kualiti mencorakkan era.

Pengarah Teknikal Pasukan Kebangsaan Sepanyol, Aitor Karanka berkata, proses pemulihan Yamal bersama dua lagi pemain yang mengalami kecederaan menunjukkan perkembangan positif.

Bagaimanapun, katanya, keputusan sama ada mereka bersedia untuk kembali beraksi atau sebaliknya akan ditentukan oleh ketua jurulatih Luis de la Fuente dan pasukan perubatan.

“Luis de la Fuente mempunyai kata putus bersama kakitangan perubatan. Proses pemulihan berjalan dengan sangat baik bagi ketiga-tiga pemain tersebut, dan Luis akan berbincang dengan doktor mengenai perkara itu,” katanya.

Mengulas mengenai Yamal, Karanka berkata pemain berusia 18 tahun itu bukan sahaja memiliki bakat luar biasa di atas padang, malah membawa semangat dan keyakinan yang memberi impak kepada pasukan.

“Apa yang saya katakan mengenai pasukan juga terpakai kepadanya sebagai individu. Apabila dia berada di atas padang, selain membawa keceriaan, dia mempunyai kualiti yang akan membawa kelainan dan mencorakkan satu era,” katanya. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.