
PYONGYANG, 9 Jun– Presiden China, Xi Jinping menamatkan lawatan negara pertamanya ke Korea Utara dalam tempoh tujuh tahun dengan kedua-dua negara bersetuju memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang.
- Xi dan Kim bersetuju meningkatkan kerjasama dalam politik, ekonomi dan kebudayaan.
- Perjumpaan digambarkan sebagai membuka lembaran baharu dalam hubungan Beijing dan Pyongyang.
- Lawatan memperdalam persefahaman serta memperjelas hala tuju hubungan dua hala pada masa depan.
- Simbolisme lawatan termasuk ziarah ke Menara Persahabatan dan penanaman pokok fir, melambangkan persahabatan berkembang.
Menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), Xi dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mencapai persetujuan untuk meningkatkan kerjasama dalam politik, ekonomi dan kebudayaan.
Pertemuan kedua-dua pemimpin itu disifatkan sebagai pembuka lembaran baharu dalam hubungan antara Beijing dan Pyongyang.
Agensi berita Xinhua pula melaporkan, lawatan berkenaan membantu mewujudkan persefahaman yang lebih mendalam serta memperjelas hala tuju hubungan dua hala pada masa depan.
Sepanjang lawatan tersebut, Xi dan Kim mengunjungi Menara Persahabatan China-Korea di Pyongyang yang memperingati anggota tentera China yang terkorban dalam Perang Korea.
Kedua-dua pemimpin turut menanam sebatang pokok fir di sebuah institusi latihan politik utama negara itu.
Simbolik tersebut melambangkan persahabatan yang terus berkembang antara kedua-dua negara.
Lawatan itu merupakan kunjungan pertama Xi ke Korea Utara sejak 2019 dan antara pertemuan paling penting antara kedua-dua pemimpin dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
China kekal sebagai sekutu utama dan rakan dagang terbesar Korea Utara, selain menjadi antara negara yang mempunyai pengaruh penting terhadap Pyongyang di peringkat antarabangsa.