
TYRE, 9 Jun– Penduduk di selatan Lubnan mula meninggalkan kediaman masing-masing selepas tentera Israel mengeluarkan arahan pemindahan sebelum melakukan serangan.
- Amaran itu turut melibatkan kawasan Kristian di Bandar Lama buat pertama kali sejak konflik terbaharu tercetus.
- Israel menggesa penduduk termasuk di kem pelarian supaya berpindah ke tepi Sungai Zahrani kira-kira 30 kilometer di utara Tyre.
- Tentera Israel mengisytiharkan semua kawasan selatan sungai itu sebagai zon pertempuran bulan lalu.
- Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam serangan Israel di selatan negara itu.
Amaran itu turut melibatkan kawasan Kristian di Bandar Lama buat pertama kali sejak konflik terbaharu antara Israel dan Hezbollah tercetus.
Israel menggesa penduduk, termasuk di kem pelarian dan kawasan sekitar, supaya berpindah ke Sungai Zahrani yang terletak kira-kira 30 kilometer di utara Tyre.
Tentera Israel bulan lalu mengisytiharkan semua kawasan di selatan sungai berkenaan sebagai zon pertempuran.
TInjauan di lokasi mendapati, sebahagian besar kawasan Bandar Lama lengang apabila penduduk bergegas meninggalkan kediaman masing-masing.
Kesesakan lalu lintas turut berlaku di laluan utama menuju ke utara ketika orang ramai cuba keluar dari bandar itu.
Terdahulu, sebelum amaran dikeluarkan, Agensi Berita Nasional Lubnan melaporkan satu serangan Israel berlaku di pinggir Tyre.
Minggu lalu, tentera Zionis mendakwa anggota Hezbollah beroperasi di kawasan Bandar Lama dan memberi amaran tindakan lanjut akan diambil sekiranya kumpulan itu terus berada di lokasi berkenaan.
Pada Isnin, Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan, sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam serangan Israel di selatan negara itu.