Bantahan pusat kuarantin Ebola AS berterusan meskipun projek digantung

Penunjuk perasaan membantah cadangan pembinaan pusat kuarantin Ebola untuk rakyat AS di Nanyuki / REUTERS

NANYUKI, 9 Jun– Bantahan terhadap cadangan pembinaan pusat kuarantin Ebola untuk rakyat Amerika Syarikat (AS) di Nanyuki, Kenya terus berlarutan meskipun mahkamah mengarahkan projek itu dihentikan sementara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penunjuk perasaan ditahan dan gas pemedih mata digunakan untuk menyuraikan demonstrasi.
  • Penduduk menolak pusat kuarantin 50 katil, bimbang meningkatkan risiko pendedahan Ebola dan persoal pemilihan Kenya berbanding negara terkena wabak.
  • AS menjelaskan fasiliti untuk menempatkan rakyat AS terdedah tanpa simptom; yang bergejala akan dihantar ke negara lain untuk rawatan.

Situasi bertambah tegang hari ini apabila beberapa penunjuk perasaan ditahan dan gas pemedih mata dilepaskan bagi menyuraikan demonstrasi di bandar berkenaan.

Penduduk tempatan menolak pembinaan fasiliti berkapasiti 50 katil itu kerana bimbang Kenya akan menanggung risiko berkaitan penempatan individu yang terdedah kepada virus Ebola.

Mereka turut mempersoalkan keputusan menjadikan Kenya sebagai lokasi kemudahan tersebut berbanding negara yang sedang berdepan wabak berkenaan seperti Republik Demokratik Congo dan Uganda.

Asap gas pemedih mata dilaporkan menyelubungi beberapa kawasan perumahan di daerah Laikipia ketika kumpulan penunjuk perasaan membawa plakad dan melaungkan slogan bantahan.

Rakaman di lokasi turut menunjukkan beberapa individu ditahan sebelum dibawa menaiki kenderaan pasukan keselamatan.

Ketegangan berkaitan isu itu semakin mendapat perhatian selepas dua individu terbunuh dalam demonstrasi di Nanyuki minggu lalu.

Menurut pegawai AS, fasiliti itu akan digunakan untuk menempatkan rakyat negara berkenaan yang terdedah kepada Ebola tetapi belum menunjukkan gejala.

Mereka yang mengalami simptom penyakit itu pula akan dihantar ke negara lain untuk menerima rawatan.

Sebelum ini, enam rakyat AS yang terdedah kepada Ebola, termasuk seorang yang disahkan dijangkiti virus berkenaan, dipindahkan ke Jerman manakala seorang lagi dihantar ke Republik Czech.

Wabak Ebola yang diisytiharkan bulan lalu di Republik Demokratik Congo dan Uganda setakat ini merekodkan lebih 500 kes disahkan serta lebih 100 kematian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.