
KUANTAN, 8 Jun – Seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan polis di sebuah garaj di Tanah Putih, Kuantan kerana memiliki air dan daun ketum bernilai lebih RM27,000.
RINGKASAN BERITA AI
- Polis merampas 402.3 liter air ketum dan 27 kilogram daun ketum.
- Suspek mempunyai empat kesalahan lampau berkaitan dadah.
- Suspek direman empat hari di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Ketua Polis Daerah, Pemangku ACP Ashari Abu Samah dalam satu kenyataan berkata serbuan turut merampas 402.3 liter air ketum dan 27 kilogram daun ketum.
Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai empat kesalahan lampau berkaitan dadah.
“Ketika ditahan, lelaki tersebut negatif dadah,” jelasnya dalam kenyataan sama.
Suspek direman selama empat hari hingga esok di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.