Saham Jepun menjunam, ketegangan global cetus kebimbangan

Foto AFP

TOKYO, 8 Jun – Pasaran saham Jepun mencatatkan kejatuhan ketara pada Isnin apabila indeks utama, Nikkei 225, merosot 4.6 peratus, penurunan terbesar dalam tempoh tiga bulan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebimbangan pelabur terhadap penilaian berlebihan saham teknologi menekan pasaran.
  • Ketegangan geopolitik di Timur Tengah kembali meningkat, mencetuskan kebimbangan pelabur.
  • Kejatuhan saham teknologi Wall Street selepas laporan pekerjaan kuat menimbulkan kebimbangan dasar monetari Fed lebih ketat.
  • Nilai yen melemah berbanding dolar dan harga minyak meningkat selepas serangan serta serangan balas, menambah ketidaktentuan pasaran.

Indeks penanda aras itu ditutup pada paras 63,747.83 mata, sekali gus menghampiri kejatuhan harian paling besar sejak 9 Mac lalu.

Kemerosotan ini didorong oleh kebimbangan pelabur terhadap penilaian saham teknologi yang dilihat terlalu tinggi, selain ketegangan geopolitik di Asia Barat yang kembali memuncak.

Pasaran Jepun turut terkesan dengan prestasi Wall Street sebelum ini, apabila saham teknologi di Amerika Syarikat (AS) merudum susulan laporan pekerjaan bulan Mei yang kukuh. Situasi itu mencetuskan kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) mungkin akan mengambil pendekatan dasar monetari yang lebih ketat.

Dalam perkembangan sama, nilai yen Jepun turut lemah dan didagangkan melebihi paras 160 berbanding dolar AS, menandakan tekanan berterusan terhadap mata wang negara itu.

Sementara itu, harga minyak dunia meningkat selepas serangan Israel ke atas Beirut pada hujung minggu, yang mendorong Iran melancarkan serangan balas peluru berpandu ke sasaran Israel.

Presiden AS, Donald Trump bagaimanapun menyatakan bahawa ketegangan terbaharu antara Israel dan Iran tidak akan menjejaskan usaha rundingan damai yang sedang dijalankan oleh pentadbirannya dengan Tehran.

Perkembangan ini menambah ketidaktentuan dalam pasaran global, sekali gus memberi tekanan kepada sentimen pelabur di rantau Asia.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.