Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Mindanao

Sebuah restoran makanan segera runtuh di General Santos City, Filipina susulan gempa bumi yang melanda beberapa kawasan di Mindanao pada Isnin/Foto Palang Merah Filipina.

PUTRAJAYA, 8 Jun – Tiada laporan membabitkan rakyat Malaysia yang terjejas susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 yang melanda kawasan luar pantai Mindanao, Filipina pada pukul 7.37 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kedutaan Malaysia di Manila memantau rapat dan menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat.
  • MET Malaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dan akan terus memantau perkembangan insiden secara dekat.
  • Rakyat di kawasan terjejas dinasihatkan berwaspada, pindah ke kawasan lebih tinggi, patuhi arahan pemindahan dan daftar melalui portal e-Konsular.

Kementerian Luar menerusi satu kenyataan memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang memantau rapat perkembangan situasi dan menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan.

Pemantauan itu bagi memastikan keselamatan serta kebajikan komuniti rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas.

“Walaupun amaran tsunami serantau dikeluarkan untuk beberapa kawasan pantai negara jiran, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

“MET Malaysia akan terus memantau perkembangan insiden ini secara dekat,” menurut kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan itu, rakyat Malaysia yang menetap atau melakukan perjalanan ke kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, berpindah ke kawasan lebih tinggi jika berada berhampiran pantai

“Patuhi arahan pemindahan serta keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa Filipina,” tambahnya.

Bagi memudahkan komunikasi dan bantuan konsular, rakyat Malaysia turut digesa mendaftar serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal e-Konsular.

Kementerian Luar berkata pihaknya akan terus memantau perkembangan situasi berkenaan dan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.