Pengiraan undi bermula, persaingan sengit tentukan Presiden Peru

Foto AFP

LIMA, 8 Jun – Proses pengundian bagi pusingan akhir pilihan raya presiden Peru 2026 berakhir pada jam 5 petang waktu tempatan semalam, dengan pengiraan undi kini giat dijalankan bagi menentukan pemimpin baharu negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertembungan sengit antara Keiko Fujimori dan Roberto Sanchez menentukan calon presiden.
  • Tinjauan keluar Ipsos menunjukkan Fujimori 50.7% dan Sanchez 49.3%, dianggap seri secara statistik.
  • Pengiraan rasmi undi berterusan di seluruh negara dan keputusan akhir mungkin mengambil masa.

Pilihan raya kali ini menyaksikan pertembungan sengit antara calon sayap kanan, Keiko Fujimori dari parti Fuerza Popular dan pencabarnya dari sayap kiri, Roberto Sanchez yang mewakili Juntos por el Peru.

Sejurus pusat mengundi ditutup, firma penyelidikan Ipsos mengeluarkan keputusan tinjauan keluar yang menunjukkan Fujimori memperoleh 50.7 peratus sokongan, manakala Sanchez meraih 49.3 peratus.

Presiden Ipsos, Alfredo Torres menyifatkan keputusan itu sebagai seri dari sudut statistik, sekali gus menggambarkan persaingan yang amat sengit dalam pilihan raya yang dilihat memecah-belahkan masyarakat Peru.

Pengiraan rasmi undi dijangka berterusan sepanjang malam di seluruh negara, dengan keputusan akhir mungkin mengambil masa sebelum diumumkan.

Pilihan raya ini dianggap amat penting dalam menentukan hala tuju politik dan ekonomi Peru yang berdepan ketidaktentuan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.