Projek RTB bernilai RM80 juta atasi masalah banjir di Teluk Intan

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (kanan)

TELUK INTAN, 7 Jun – Bandar Teluk Intan dijangka melakar sejarah baharu apabila berpotensi diisytiharkan sebagai zon bebas banjir menjelang tahun 2028.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelaksanaan Projek RTB Pintar Fasa Dua bernilai RM80.5 juta untuk atasi masalah banjir di Teluk Intan.
  • Projek sepanjang 5.65 kilometer membina sistem tebatan banjir moden di sepanjang Sungai Perak.
  • Projek juga menyediakan kemudahan rekreasi seperti laluan basikal, laluan joging, restoran terapung dan potensi hab pelancongan sungai.

Pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pintar Fasa Dua bernilai RM80.5 juta bagi mengatasi masalah banjir yang sekian lama membelenggu penduduk setempat.

Projek sepanjang 5.65 kilometer itu melibatkan pembinaan sistem tebatan banjir moden di sepanjang Sungai Perak dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2028.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, projek berkenaan bukan sahaja mampu melindungi kawasan sekitar daripada ancaman banjir, malah bakal mengubah wajah Teluk Intan menjadi bandar yang lebih moden dan mesra rekreasi.

“Dalam tempoh 30 bulan akan datang, kita akan menyaksikan wajah baharu Teluk Intan apabila projek RTB ini siap dengan pelbagai kemudahan termasuk laluan basikal, laluan joging dan restoran terapung.

“Saya yakin apabila projek ini siap pada 2028, Teluk Intan boleh diisytiharkan sebagai zon bebas banjir sekali gus merealisasikan impian penduduk yang menunggu lebih setengah abad,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Sesi Taklimat Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Perak Fasa 1 dan RTB Teluk Intan
Zon A Fasa 2 berhampiran Jeti Nelayan Darat Teluk Intan, pagi Ahad.

Tambahnya lagi, kawasan itu juga berpotensi menjadi hab pelancongan sungai menerusi cadangan pembangunan perkhidmatan pelayaran atau river cruise di sepanjang Sungai Perak yang bakal memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan tempatan.

Projek tersebut bukan sahaja merealisasikan impian lebih setengah abad penduduk Teluk Intan untuk bebas daripada ancaman banjir.

Malah dijangka mengubah landskap bandar itu menjadi destinasi rekreasi dan pelancongan yang lebih menarik.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.