Mahkamah denda 29 pendatang hingga RM10,000

Antara 29 PATI yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini

PASIR MAS, 7 Jun – Seramai 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pelbagai kesalahan imigresen termasuk memasuki negara secara haram, tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan dan menyalahgunakan pas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c), Peraturan 39(b), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 56(1)(i).
  • Hukuman denda: RM5,000 bagi Seksyen 6(1)(c), RM1,000 bagi Peraturan 39(b), RM10,000 bagi Seksyen 15(1)(c) dan 56(1)(i).
  • Semua tertuduh tidak diwakili peguam; sebahagian memohon ringankan hukuman atas alasan kesukaran kewangan dan tanggungan keluarga.

Kesemua tertuduh membuah pengakuan itu dihadapan hadapan Hakim Zulkifli Abdullah.

Mengikut pertuduhan, 13 tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) kerana memasuki dan berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Lapan lagi didakwa mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas.

Manakala lima didakwa di bawah Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Tiga lagi tertuduh didakwa mengikut Seksyen 56(1)(i) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal atau berada di negara ini tanpa pas atau dokumen yang sah.

Daripada jumlah itu, enam wanita warga asing berdepan tiga pertuduhan membabitkan Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan Peraturan 39(b).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khaidijah Khairuddin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika rayuan, sebahagian tertuduh memohon hukuman diringankan dengan alasan menghadapi kesukaran kewangan selain mempunyai tanggungan keluarga di negara asal masing-masing.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM5,000 ke atas 13 tertuduh yang didapati bersalah mengikut Seksyen 6(1)(c), atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Lapan tertuduh yang didakwa mengikut Peraturan 39(b) pula didenda RM1,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda.

Lima tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) dikenakan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Tiga lagi tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 56(1)(i) turut dikenakan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.