12.9 juta pelajar sertai pemeriksaan ‘gaokao’ di China

Foto AFP

BEIJING, 7 Jun – Seramai 12.9 juta pelajar di seluruh China menduduki peperiksaan kemasukan universiti tahunan negara itu yang dikenali sebagai ‘gaokao’.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak berkuasa diarahkan memastikan persekitaran dalam talian selamat dan keadaan pusat peperiksaan teratur bagi mengelakkan gangguan.
  • Kempen khas dilancarkan membanteras penjualan peranti penipuan, pemalsuan identiti calon dan salah laku oleh institusi persediaan.
  • Langkah pencegahan diperkuat terhadap penipuan berteknologi tinggi melalui sistem pemantauan dan pemeriksaan pintar di pusat peperiksaan.
  • Kementerian menegaskan usaha ini penting untuk memastikan peperiksaan dijalankan secara adil, telus dan teratur di seluruh negara.

Jumlah tersebut menunjukkan sedikit penurunan berbanding tahun lalu iaitu 13.35 juta calon.

Kementerian Pendidikan China memaklumkan pihak berkuasa tempatan diarahkan untuk memastikan persekitaran dalam talian yang selamat serta keadaan yang teratur dan terkawal di semua pusat peperiksaan bagi mengelakkan sebarang gangguan.

Pelbagai kempen khas turut dilancarkan bagi membanteras penjualan peranti penipuan, pemalsuan identiti calon serta salah laku oleh institusi persediaan peperiksaan.

Selain itu, pihak berkuasa juga akan mempertingkatkan langkah pencegahan terhadap kaedah penipuan berteknologi tinggi dengan penggunaan sistem pemantauan dan pemeriksaan pintar di pusat peperiksaan.

Kementerian Pendidikan menegaskan usaha ini penting bagi memastikan peperiksaan berprestij itu dijalankan secara adil, telus dan teratur di seluruh negara.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.