Lelaki maut diserang jerung di Australia Barat

Foto REUTERS

PERTH, 7 Jun – Seorang lelaki berusia 35 tahun maut selepas diserang jerung ketika menjalankan aktiviti memancing menggunakan lembing di perairan Australia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lokasi kejadian: Pulau Michaelmas berhampiran Albany, kira-kira 388 kilometer di selatan Perth.
  • Mangsa dibawa ke darat dan diberi rawatan kecemasan oleh paramedik tetapi disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.
  • Seekor jerung sekitar 4.5 meter dilihat di kawasan itu; spesiesnya belum dikenal pasti.
  • Ini merupakan serangan maut ketiga dalam tempoh tiga minggu, mencetuskan kebimbangan keselamatan aktiviti rekreasi perairan negara.

Menurut polis, kejadian berlaku pada waktu pagi di sekitar Pulau Michaelmas berhampiran bandar Albany, kira-kira 388 kilometer di selatan Perth.

Mangsa yang ketika itu bersama ahli keluarga berjaya dibawa ke darat dan diberikan rawatan kecemasan oleh paramedik, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Pihak berkuasa berkata, seekor jerung sepanjang kira-kira 4.5 meter, yang spesiesnya belum dikenal pasti, kelihatan berada di kawasan berkenaan oleh orang awam.

Insiden itu merupakan serangan maut ketiga di Australia dalam tempoh tiga minggu.

Pada 24 Mei lalu, seorang lelaki berusia 39 tahun maut diserang jerung di Great Barrier Reef, manakala 10 hari sebelumnya, seorang lagi mangsa berusia 38 tahun turut terbunuh dalam kejadian sama berhampiran sebuah pulau dekat Perth.

Kejadian berulang ini mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan aktiviti rekreasi di perairan negara itu.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.