Op Tiris 4.0 : Lelaki ditahan, 750 liter petrol dirampas

Kesemua barang kes disita untuk siasatan lmengikut Akta Kawalan Bekalan 1961

LABUAN, 4 Jun – Seorang individu tempatan ditahan bersama 750 liter petrol di sebuah jeti tidak berdaftar di Kampung Sungai Keling, menerusi serbuan Op Tiris 4.0, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serbuan hasil risikan menemui beberapa gelen dan tong berisi cecair disyaki petrol disimpan tanpa permit atau kebenaran bertulis KPDN.
  • Kesemua barang kes disita untuk siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, dengan nilai rampasan dianggarkan RM2,940.
  • Seorang individu ditahan bagi membantu siasatan; KPDN Labuan akan memperhebat penguatkuasaan membanteras penyelewengan barang kawalan dan ketirisan subsidi.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan, Junaidah Arbain berkata serbuan pada pukul 2 petang itu, hasil risikan berhubung kegiatan penyimpanan barang kawalan berjadual tanpa kebenaran.

“Pemeriksaan menemukan 20 gelen dan dua tong berisi cecair disyaki petrol dengan anggaran kuantiti keseluruhan 750 liter yang dipercayai disimpan tanpa permit atau kebenaran bertulis daripada KPDN.

“Kesemua barang kes disita untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM2,940.

“Individu berusia 39 tahun yang berada di lokasi turut ditahan, bagi membantu siasatan,”menurut kenyataan.

KPDN Labuan akan terus memperhebat penguatkuasaan menerusi Op Tiris 4.0 bagi membanteras penyelewengan barang kawalan dan ketirisan subsidi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.