PLUS jangka lebih 2 juta kenderaan sehari guna lebuh raya bermula esok hingga Ahad

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Jun – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari menggunakan rangkaian lebuh rayanya sepanjang tempoh hari puncak bermula esok hingga 7 Jun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ikut jadual MyPLUS-TTA dalam aplikasi PLUS dan rancang waktu perjalanan pulang mengikut cadangan.
  • PLUS aktifkan Smart Lane di 33 lokasi tumpuan untuk mengurangkan kesesakan dan mempercepatkan pergerakan kenderaan.
  • Kemudahan R&R serta hentian sebelah termasuk gerai, surau dan tandas dibuka 24 jam untuk keselesaan pengguna.
  • Pastikan baki Touch ’n Go dan e-Wallet mencukupi; dapatkan maklumat trafik melalui PUTRI, X @plustrafik @lpt2trafik, VMS dan radio.

PLUS menerusi kenyataan memaklumkan, peningkatan itu melibatkan kombinasi pergerakan trafik jarak jauh serta perjalanan antara bandar-bandar utama menuju ke Lembah Klang selepas tamat tempoh cuti perayaan dan cuti persekolahan.

“Pengguna dinasihatkan supaya mengikuti jadual MyPLUS-TTA yang boleh diakses menerusi aplikasi PLUS dan merancang waktu perjalanan pulang mengikut waktu yang dicadangkan.

“Langkah ini penting bagi membantu mengimbangi aliran trafik serta mengurangkan kesesakan di lokasi-lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

Bagi memastikan aliran trafik lebih lancar, PLUS turut mengaktifkan laluan Smart Lane di 33 lokasi tumpuan trafik sepanjang lebuh raya bagi mengurangkan kesesakan serta mempercepatkan pergerakan kenderaan pada waktu puncak.

Selain itu, kemudahan awam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) serta hentian sebelah termasuk gerai makanan dan minuman, surau serta tandas dibuka 24 jam untuk keselesaan pengguna.

“Pengguna diingatkan untuk memastikan baki kad Touch ’n Go dan e-Wallet sentiasa mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan di plaza tol.

“Maklumat trafik terkini boleh diperoleh menerusi Pembantu Maya PUTRI, akaun X @plustrafik dan @lpt2trafik, paparan mesej elektronik (VMS) di lebuh raya serta laporan stesen radio utama negara,” menurut kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.