Sukarelawan orang asli bantu kesan Jaslinda

Foto JBPM Perak

TAPAH, 2 Jun – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Salidun di Gunung Batu Putih terus diperkukuh dengan penglibatan sukarelawan masyarakat orang asli yang membantu usaha pencarian di kawasan hutan berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasukan SAR bertemu 13 orang asli yang menjalankan pencarian secara sukarela.
  • Kumpulan dipercayai memulakan usaha pencarian sejak empat hari lalu.
  • Pengetahuan laluan dan keadaan muka bumi tempatan membantu operasi SAR.
  • Operasi SAR masih diteruskan melibatkan pelbagai agensi keselamatan dan penyelamat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon memaklumkan, pasukan SAR yang beroperasi di sekitar Gunung Rayu bertemu sekumpulan 13 orang asli yang sedang menjalankan pencarian mangsa secara sukarela.

Kumpulan berkenaan dipercayai telah memulakan usaha pencarian sejak empat hari lalu secara sukarela bagi membantu pasukan penyelamat mengesan mangsa yang dilaporkan hilang sejak 24 Mei lalu.

Penglibatan komuniti setempat itu dilihat mampu membantu operasi SAR terutama daripada segi pengetahuan laluan dan keadaan muka bumi di kawasan hutan yang mencabar.

Setakat ini, operasi SAR Jaslinda masih diteruskan dengan pelbagai agensi keselamatan dan penyelamat terlibat dalam usaha mengesan keberadaan mangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.