Laporan samun palsu : Wanita, 29 tahun disiasat

Pencanggahan dalam keterangan mangsa

MIRI, 2 Jun – Kertas siasatan dibuka terhadap seorang individu berusia 29 tahun selepas mengaku membuat laporan palsu kes samun di Pujut.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa mendakwa disamun empat individu bersenjata, kehilangan barang kemas dan wang tunai lebih RM3,000 selepas pistol diacukan.
  • Polis menemui beberapa percanggahan dalam keterangan mangsa dan risikan mengesahkan kejadian samun tidak berlaku.
  • Semua barang kemas serta wang tunai ditemui dalam simpanannya; kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah ketika mengesahkan kes memaklumkan, wanita terbabit telah membuat laporan pada 28 Mei lepas, dengan mendakwa disamun empat individu bersenjata ketika berhenti di lokasi berkenaan pada malam 27 Mei.

“Dalam laporannya, mangsa mendakwa kehilangan barang kemas dan wang tunai berjumlah lebih RM3,000 selepas suspek mengacukan pistol ke arahnya.

“Siasatan polis mendapati terdapat beberapa percanggahan dalam keterangannya.

“Hasil risikan lanjut mengesahkan kejadian samun itu tidak pernah berlaku dan wanita berkenaan akhirnya mengaku laporan itu adalah tidak benar,”katanya.

Semua barang kemas serta wang tunai yang didakwa hilang turut ditemui dalam simpanannya sendiri.

Susulan itu, satu laporan polis baharu dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.