
BOGOTA, COLOMBIA, 1 Jun – Rakyat Colombia keluar mengundi dalam pilihan raya presiden yang dilihat bakal menentukan pendekatan negara itu dalam menangani peningkatan keganasan kumpulan gerila dan sindiket dadah.
- Calon berhaluan kiri Ivan Cepeda mendahului tinjauan awal tetapi berdepan saingan sengit dari peguam konservatif Abelardo de la Espriella.
- Pilihan raya menjadi penilaian terhadap dasar damai Presiden Gustavo Petro melalui rundingan dengan kumpulan bersenjata.
- Kempen dicemari keganasan termasuk serangan bom kereta, dron dan pembunuhan calon; lebih 408 ribu anggota keselamatan dikerahkan.
Calon berhaluan kiri, Ivan Cepeda dilaporkan mendahului tinjauan awal namun berdepan saingan sengit daripada peguam konservatif, Abelardo de la Espriella.
Pilihan raya kali ini turut menjadi penilaian terhadap dasar damai diperkenalkan Presiden Gustavo Petro menerusi rundingan dengan kumpulan bersenjata.
Bagaimanapun, pengkritik mendakwa kumpulan gerila mengambil kesempatan daripada rundingan itu untuk mengukuhkan pengaruh mereka selain meningkatkan aktiviti penyeludupan dadah.
Kempen pilihan raya turut dicemari beberapa insiden keganasan termasuk serangan bom kereta, dron dan pembunuhan seorang calon presiden.
Lebih 408 ribu anggota keselamatan dikerahkan bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar di seluruh negara. – AFP