Subsidi bahan api Sabah dijangka meningkat kepada RM3 Bilion

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

PENAMPANG, 30 Mei -Kerajaan Persekutuan menjangkakan peruntukan subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) bagi Sabah meningkat kepada RM3 bilion tahun ini berbanding RM1 bilion pada tahun sebelumnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Konflik Iran, Israel dan Amerika Syarikat menekan bekalan tenaga global serta mencetuskan ketidaktentuan pasaran minyak dunia.
  • Kos pengangkutan dan insurans meningkat menyebabkan peruntukan subsidi kerajaan di Sabah perlu ditambah melebihi unjuran asal.
  • Perdana Menteri menegaskan kenaikan subsidi bukan alasan untuk mengabaikan kebajikan rakyat dan memastikan harga bahan api stabil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jangkaan peningkatan peruntukan subsidi tersebut antaranya susulan konflik melibatkan Iran, Israel dan Amerika Syarikat terus memberi tekanan terhadap bekalan tenaga global, sekali gus mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran minyak dunia.

Beliau berkata, perkembangan geopolitik antarabangsa itu turut meningkatkan kos pengangkutan dan insurans, sekali gus menyumbang kepada jangkaan peningkatan peruntukan subsidi kerajaan.

“Untuk tahun 2025, kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1 bilion berikutan harga bahan api yang berada pada paras agak tinggi.Bagi tahun 2026 pula, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM3 bilion untuk subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) di Sabah.

“Peningkatan peruntukan itu tidak termasuk dalam unjuran asal berikutan serangan Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran, selain ketegangan di Selat Hormuz yang menyebabkan kos pengangkutan kapal serta insurans meningkat,” katanya ketika berucap pada sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di sini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan peningkatan kos subsidi bukan alasan untuk kerajaan mengabaikan kebajikan rakyat.

Sebaliknya membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan harga bahan api kekal stabil dan mampu dinikmati rakyat.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.