2,000 pek daging korban diagih kepada penduduk Sungai Petani

Foto RTM

SUNGAI PETANI, 29 Mei -Sebanyak 2,000 pek daging korban seberat satu kilogram diagihkan kepada penduduk sekitar Sungai Petani sempena Program Ibadah Qurban Perdana peringkat Parlimen Sungai Petani hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program korban melibatkan 31 ekor lembu dan turut menyediakan hidangan untuk petugas serta orang ramai.
  • Tujuan program untuk menyemarakkan semangat kebersamaan dan membantu golongan memerlukan melalui agihan daging korban.
  • Penganjur mengutamakan keselamatan, merakam penghargaan kepada pihak terlibat, dan berharap ibadah korban diterima serta mengeratkan ukhuwah.

Program yang berlangsung di Masjid Bandar Perdana itu turut menyaksikan sebanyak 31 ekor lembu dikorbankan selain hidangan disediakan untuk para petugas dan orang ramai.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, program berkenaan bertujuan menyemarakkan semangat kebersamaan dan membantu golongan memerlukan melalui agihan daging korban.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut termasuk pihak Masjid Bandar Perdana, komuniti Flat Paya Nahu, sukarelawan, ahli kariah masjid serta petugas pusat khidmat wakil rakyat Parlimen Sungai Petani.

“Program ini berjalan lancar dengan mengutamakan aspek keselamatan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini,” kataya.

Beliau berharap ibadah korban yang dilaksanakan diterima dan diberkati Allah SWT di samping terus mengeratkan ukhuwah serta memperkukuh jalinan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.