Kes tembakan Durian Tunggal dirujuk semula kepada AGC

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk M. Kumar – Foto BERNAMA

KAJANG, 26 Mei – Kertas siasatan kes tembakan yang melibatkan kematian tiga individu di Durian Tunggal, Melaka pada November tahun lepas dirujuk semula kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis melengkapkan arahan tambahan pendakwaan, termasuk menyambung semula rakaman percakapan beberapa saksi.
  • Segala arahan Pejabat Peguam Negara diambil tindakan dan kertas siasatan terbaharu diedarkan untuk nasihat selanjutnya.
  • Insiden pada 24 November melibatkan tiga lelaki ditembak mati selepas didakwa menyerang anggota polis dengan parang, anggota mengalami kecederaan lengan kiri.

​Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata, ia selepas pihaknya selesai melengkapkan beberapa arahan tambahan diminta pihak pendakwaan.

Beliau berkata, antara arahan tambahan berkenaan termasuk menyambung semula rakaman percakapan beberapa saksi bagi memperjelas fakta tertentu dalam siasatan.

​”Segala arahan Pejabat Peguam Negara telah diambil tindakan dan kertas siasatan terbaharu diedarkan semalam untuk arahan dan nasihat selanjutnya.

​”Secara keseluruhannya, polis merakam percakapan 63 saksi bagi melengkapkan siasatan kes,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini hari ini.

​Pada 24 November 2025, tiga lelaki berusia 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka didakwa menyerang seorang anggota polis dengan parang di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal pada kira-kira pukul 4 pagi.

​Insiden itu juga menyebabkan anggota polis iterbabit mengalami kecederaan pada bahagian lengan kiri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.