
KUALA LUMPUR, 23 Mei – Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui terlalu banyak kesilapan sendiri menjadi punca kekalahan mereka kepada Nur Izzuddin Mohd Rumsani-Goh Sze Fei pada aksi separuh akhir Malaysia Masters 2026, di Unifi Arena, di sini hari ini.
- Kegagalan mengawal rentak perlawanan, ditambah banyak kesilapan mudah, beri kelebihan jelas kepada lawan.
- Corak permainan lawan lebih mantap dan konsisten, menambah keyakinan mereka sepanjang perlawanan.
- Mereka tewas 18-21, 12-21 kepada pasangan profesional itu, tersingkir awal dari kejohanan.
Menurut Wooi Yik, kegagalan mengawal permainan selain melakukan banyak kesilapan mudah memberi kelebihan kepada lawan untuk tampil lebih yakin sepanjang perlawanan berlangsung.

“Saya rasa corak permainan mereka (Nur Izzuddin-Sze Fei) mantap dan lebih konsisten hari ini.
“Kami sememangnya sudah tahu corak permainan masing-masing, namun kesilapan sendiri yang menyebabkan lawan mudah menguasai perlawanan,” katanya.
Pasangan pilihan pertama kejohanan itu tewas 18-21, 12-21 kepada beregu profesional negara Nur Izzuddin-Sze Fei yang juga pilihan ketiga acara beregu lelaki Malaysia Masters 2026.