Angka kematian di Gaza cecah lebih 72,000

Penduduk Palestin mengusung jenazah mangsa yang terbunuh dalam serangan Israel di Gaza/Foto REUTERS

GAZA, 23 Mei – Angka kematian di Semenanjung Gaza mencecah 72,783 sejak permulaan pencerobohan Israel pada Oktober 2023, dengan majoriti mangsa ialah wanita dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), memetik sumber perubatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sekurang-kurangnya 172,779 orang turut cedera akibat pencerobohan.
  • Banyak mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan, menyebabkan angka korban sukar dipastikan.
  • Sejak gencatan senjata 11 Okt 2025, 890 terbunuh, 2,677 cedera dan 776 mayat ditemui di bawah runtuhan.

Sekurang-kurangnya 172,779 yang lain turut cedera.

Angka berkenaan bukan jumlah yang tepat, memandangkan ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan, tidak dapat diakses oleh ambulans dan krew penyelamat, menurut WAFA. .

Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Ok 2025, jumlah mereka yang terbunuh dan cedera masing-masing mencecah 890 dan 2,677. Sekurang-kurangnya 776 mayat turut ditemui di bawah runtuhan. – BERNAMA-WAFA

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.