Ronaldo raih trofi pertama bersama Al Nassr

Cristiano Ronaldo meraikan kejuaraan Liga Pro Saudi bersama pemain Al Nassr selepas menewaskan Damac di Riyadh/Foto REUTERS

RIYADH, 22 Mei – Cristiano Ronaldo meledak dua gol ketika membantu Al Nassr menjuarai Liga Pro Saudi selepas menewaskan Damac FC 4-1 pada aksi terakhir musim ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Al Nassr menamatkan saingan dengan 86 mata, dua mata di hadapan pencabar utama Al Hilal.
  • Kejuaraan liga pertama Al Nassr sejak 2019 dan trofi utama pertama Ronaldo bersama kelab sejak akhir 2022.
  • Sadio Mane membuka jaringan pada minit ke-34 hasil tandukan dari sepakan penjuru Joao Felix.
  • Kingsley Coman gandakan kedudukan, Damac penalti Morlaye Sylla, Ronaldo balas dengan sepakan percuma dan jaringan penutup.

Kemenangan itu membolehkan Al Nassr menamatkan saingan dengan 86 mata, dua mata di hadapan pencabar utama Al Hilal.

Ia juga menjadi kejuaraan liga pertama Al Nassr sejak 2019 serta trofi utama pertama Ronaldo bersama kelab itu sejak menyertainya pada penghujung 2022.

Al Nassr membuka jaringan menerusi Sadio Mane pada minit ke-34 hasil tandukan daripada sepakan penjuru Joao Felix.

Kingsley Coman kemudian menggandakan kedudukan pada minit ke-52 menerusi rembatan jarak jauh.

Damac merapatkan jurang hasil sepakan penalti Morlaye Sylla pada minit ke-58 sebelum Ronaldo menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan percuma lima minit kemudian.

Bintang Portugal itu melengkapkan kemenangan Al Nassr pada minit ke-81 selepas menyempurnakan peluang di dalam kotak penalti.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.