India tangguh Sidang Kemuncak Afrika susulan Ebola

Foto AFP

NEW DELHI, 21 Mei – India dan Kesatuan Afrika menangguhkan Sidang Kemuncak Afrika yang dijadualkan berlangsung minggu depan di New Delhi susulan wabak Ebola di Republik Demokratik Congo (DR Congo).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan Sidang Kemuncak Forum India–Afrika kali keempat pada tarikh ditetapkan kemudian.
  • Keputusan dibuat selaras situasi kesihatan awam baru yang muncul di benua Afrika, menurut Kementerian Luar India.
  • Kementerian menjelaskan langkah itu susulan penularan wabak di rantau berkenaan.
  • Sidang Kemuncak sepatutnya berlangsung di New Delhi dari 28 hingga 31 Mei.

“Selaras situasi kesihatan awam yang baharu muncul di benua itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan Sidang Kemuncak Forum India–Afrika kali keempat pada tarikh yang ditetapkan kemudian,” kata Kementerian Luar India.

Jelas kementerian berkenaan, situasi semasa itu berikutan penularan wabak.

Sidang Kemuncak Forum India–Afrika sepatutnya dijadualkan berlangsung di New Delhi dari 28 hingga 31 Mei.- AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.