SPM kekal syarat asas masuk IPTA

Foto RTM

HULU TERENGGANU, 19 Mei – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kekal menjadi syarat asas kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerusi Unit Pusat Universiti (UPU) Online.

RINGKASAN BERITA AI
  • SPM kekal syarat asas kemasukan ke IPTA melalui UPU Online tanpa mengira aliran atau jenis sekolah.
  • Keputusan kabinet menegaskan SPM sebagai asas; UPU tidak membuka kemasukan berdasarkan sijil atau keputusan lain.
  • Kerajaan tidak mendiskriminasi aliran pendidikan; syarat sama diletakkan supaya standard kemasukan universiti diselaraskan.
  • Program Kembara Pendidikan Tinggi@Terengganu peruntuk RM1 juta untuk naik taraf kemudahan dan pembangunan komuniti, termasuk ternakan kelulut dan 12 Sekolah Angkat STEM.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan menerusi kabinet memutuskan bahawa memiliki SPM menjadi syarat asas kemasukan ke IPTA, tanpa mengira aliran atau jenis sekolah.

“Jadi, kita perlu faham bahawa sekolah bawah kendalian Kementerian Pendidikan manakala untuk kemasukan ke universiti pula menerusi UPU Online. Syarat UPU Online pula menetapkan SPM sebagai asasnya. Kita tidak membuka kemasukan berdasarkan keputusan atau sijil lain,” jelasnya.

Datuk Seri Dr Zambry turut menegaskan, kerajaan tidak mendiskriminasi mana-mana pihak atau aliran pendidikan, sebaliknya hanya menetapkan syarat asas yang sama untuk semua pelajar iaitu menduduki peperiksaan SPM bagi melayakkan mereka melanjutkan pengajian ke universiti.

“Ini sekali gus dapat memastikan standard kemasukan ke universiti dapat diselaraskan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Kembara Pendidikan Tinggi@Terengganu bersempena majlis penyerahan Kampung Angkat Madani UMT, di sini.

RM1 juta diperuntukkan bagi menaik taraf kemudahan masjid, balai raya dan kawasan rekreasi di kampung berkenaan untuk manfaat penduduk.

Program itu turut memberi fokus kepada pembangunan ekonomi dan sosial komuniti melalui projek berasaskan ilmu.

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk ternakan kelulut dan menjadikan 12 sekolah di Hulu Terengganu sebagai Sekolah Angkat STEM.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.