
JAKARTA, 17 Mei – Gunung berapi Dukono di wilayah Maluku Utara Indonesia meletus pada Ahad, memuntahkan abu kelabu sehingga 5,000 meter (m) di atas puncaknya, kata Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi negara itu, lapor Xinhua.
RINGKASAN BERITA AI
- Dukono kini berada pada tahap amaran kedua tertinggi.
- Gunung berapi itu mempunyai ketinggian 1,087 meter.
- Pihak berkuasa menggesa orang ramai mengelak radius 4 kilometer dari kawah dan menyediakan topeng muka.
Gunung berapi setinggi 1,087m itu kini berada pada tahap amaran kedua tertinggi.
Pihak berkuasa menggesa penduduk dan pelawat mengelak aktiviti dalam radius empat kilometer dari kawah dan menyediakan topeng muka untuk mengurangkan risiko pernafasan daripada abu gunung berapi.- BERNAMA-XINHUA