10 maut ditembak di Mexico

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Tehuitzingo/ Foto REUTERS

MEXICO CITY, 18 Mei Sepuluh orang, termasuk seorang kanak-kanak terbunuh dalam serangan bersenjata di negeri Puebla, Mexico pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan bersenjata berlaku di sebuah rumah di kawasan perbandaran Tehuitzingo, negeri Puebla.
  • Kenyataan kerajaan negeri Puebla mengesahkan butiran mangsa dan menyiasat insiden itu.
  • Keganasan itu menimbulkan kebimbangan ketika Mexico bersiap sedia menjadi tuan rumah Piala Dunia bulan depan.

Kenyataan kerajaan negeri Puebla menyebut, mangsa terdiri daripada enam lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak yang maut dalam kejadian tembakan di sebuah rumah di kawasan perbandaran Tehuitzingo, kira-kira 200 kilometer dari Mexico City.

Keganasan terbaharu itu mencetuskan kebimbangan ketika Mexico sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia yang bakal membuka tirai, bulan depan. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.