Trump dan Xi sedia untuk rundingan berkepentingan tinggi di Beijing

Foto AFP

BEIJING, 14 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan pemimpin China Xi Jinping bersedia membincangkan isu-isu sensitif membabitkan dua kuasa besar dalam pertemuan di Beijing pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Fokus perbincangan termasuk konflik Iran, isu perdagangan dan status Taiwan.
  • Delegasi perniagaan bersama Trump menumpukan perjanjian dalam pertanian, pesawat dan sektor lain.
  • China mengalu-alukan lawatan, sedia mengembang kerjasama dan mengurus perbezaan antara kedua negara.

Fokus lain turut tertumpu kepada perang Iran, perdagangan dan Taiwan.

Ketibaan Trump disambut dengan penuh istiadat di Dewan Besar Rakyat yang mewah di tengah-tengah ketegangan mendalam antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Trump dan Jinping juga akan menghadiri jamuan negara pada sebelah malam.

Selain itu, Trump dijadual akan melawat Temple of Heaven, tapak warisan dunia di mana Maharaja China suatu ketika dahulu berdoa untuk hasil tuaian yang baik.

Esok, Trump dan Xi dijadual minum teh dan makan tengah hari sebelum Presiden AS itu pulang ke Washington.

Lawatan ke Beijing tersebut merupakan lawatan pertama seorang Presiden AS ke China dalam hampir sedekad, selepas Trump melawat negara itu pada 2017, ketika itu diiringi isterinya Melania – tidak seperti kali ini.

Selepas lawatan pertama berkenaan, Trump melancarkan tarif dan sekatan ke atas barangan China.

Malah berbuat demikian sekali lagi selepas kembali ke White House tahun lalu hingga mencetuskan perang perdagangan sebelum Xi dan Trump bersetuju untuk gencatan senjata pada Oktober.

Trump berkata beliau menjangkakan “pelukan hebat” daripada Xi kerana beliau yakin ialah adalah hubungan peribadi yang kukuh yang beliau sanjungi memerintah China dengan “tangan besi”.

Antara keutamaannya ialah perjanjian perniagaan dalam bidang pertanian, pesawat dan pelbagai sektor lain, dengan kehadiran ramai tokoh perniagaan dalam delegasinya.

Kementerian luar China pada Rabu berkata bahawa ia “mengalu-alukan” lawatan Trump dan China bersedia untuk bekerjasama dengan AS.

“China bersedia untuk mengembangkan kerjasama dan mengurus perbezaan tetapi lawatan Trump kali ini berbeza kerana lebih berani berbanding ketika Trump melawatinya sembilan tahun lalu kerana ‘diwarnai’ pelbagai ketegangan perdagangan dan geopolitik yang tidak dapat diselesaikan antara kedua-dua negara,” katanya.

Presiden AS berkata beliau menjangkakan “perbincangan panjang” dengan Xi mengenai Iran.

Dalam pada itu, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio memberikan nada yang agak berbeza.

“Kami berharap dapat meyakinkan mereka (China) untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam membuat Iran menjauhi apa yang mereka lakukan sekarang dan cuba lakukan sekarang di Teluk Parsi,” jelas Rubio dalam satu wawancara yang disiarkan pada Rabu.-AFP