
PUTRAJAYA, 12 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus memperkukuh bidang kejururawatan menerusi latihan berterusan dan pembangunan kerjaya bagi memastikan mutu perkhidmatan kesihatan negara terus dipertingkat.
- Kerjasama erat antara institusi pendidikan, institusi kesihatan dan organisasi profesion penting untuk pembangunan kejururawatan menyeluruh.
- Penghargaan kepada ketulusan, ketabahan dan keprihatinan jururawat; peranan penting mereka dalam sistem kesihatan diakui.
- Majlis melibatkan seminar, sesi dialog profesional dan penghargaan kepada tokoh jururawat, disertai lebih 2,200 jururawat.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, kerjasama antara institusi pendidikan dan kesihatan serta organisasi profesional penting dalam memperkasa pembangunan bidang kejururawatan secara menyeluruh.
“Kementerian Kesihatan Malaysia akan tekal komited dalam usaha memperkasakan profesional profesional kejururawatan menerusi pelbagai rangka strategi antaranya termasuklah pemberkasaan latihan dan pembangunan kejayaan yang berterusan,”katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Jururawat Peringkat Kebangsaan 2026 dan Seminar Kejururawatan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.
Menurut beliau, jururawat memainkan peranan penting dalam sistem kesihatan negara dan kekal komited memberi perkhidmatan tanpa mengira masa.
“Ketulusan, ketabahan dan keprihatinan jururawat amat dihargai,” katanya sambil menegaskan pendidikan kejururawatan penting dalam melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan berdaya saing.
Lebih 2,200 jururawat dari seluruh negara melibatkan sektor awam dan swasta termasuk pesara jururawat dalam Majlis anjuran Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Selain seminar dan sesi dialog profesional, majlis turut menyaksikan penyampaian penghargaan kepada tokoh jururawat atas jasa dan sumbangan mereka kepada negara.