Jordan lancar serangan ke atas stor dadah, senjata di selatan Syria

FOTO HIASAN

DAMSYIK, 3 Mei – Televisyen kerajaan Syria melaporkan tentera Jordan melancarkan serangan ke atas lokasi penyimpanan dadah dan senjata di wilayah Sweida, selatan Syria.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi dipercayai menyasarkan markas kumpulan pemberontak di perkampungan Shahba yang menyimpan senjata serta dadah.
  • Wilayah Sweida, majoriti didiami komuniti Druze, mempunyai beberapa kawasan di luar kawalan penuh Damsyik.
  • Tentera Jordan memaklumkan ia operasi pencegahan terhadap penyeludup senjata dan dadah; serangan udara sasar sekurang-kurangnya lima lokasi termasuk gudang Arman.

Menurut media negara itu yang memetik sumber tempatan, operasi berkenaan dipercayai menyasarkan markas kumpulan pemberontak di perkampungan Shahba yang menyimpan senjata serta dadah.

Wilayah Sweida yang majoritinya didiami komuniti Druze itu mempunyai beberapa kawasan di luar kawalan penuh Damsyik.

Tentera Jordan dalam kenyataan berasingan memaklumkan pihaknya melaksanakan operasi pencegahan dengan menyasarkan beberapa lokasi yang digunakan penyeludup senjata dan dadah di sepanjang sempadan utara negara itu.

Sumber tempatan turut memaklumkan beberapa siri serangan udara menyasarkan sekurang-kurangnya lima lokasi termasuk gudang di bandar Arman, Syria.- AFP