
KUALA LUMPUR, 29 April -Malaysia berada pada kedudukan strategik dalam memenuhi peningkatan keperluan semikonduktor, khususnya cip automotif, yang didorong oleh lonjakan permintaan kenderaan elektrik (EV).
- Malaysia mempunyai enam syarikat utama pengeluar cip automotif, selain pemain kecil lain yang turut menyokong industri.
- Kekurangan cip semasa COVID-19 menyebabkan pengeluar kereta global menurunkan pengeluaran, menonjolkan peranan penting bekalan cip dari Malaysia.
- Setiap kenderaan EV menggunakan kira-kira 3,000 cip semikonduktor untuk kawalan kuasa, keselamatan dan kecekapan operasi.
Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA), Datuk Seri Wong Siew Hai berkata, kedudukan itu disokong dengan kehadiran enam syarikat utama yang kini terlibat dalam pengeluaran cip automotif berkenaan.
“Semasa pandemik COVID-19, banyak pengeluar kereta di seluruh dunia termasuk di Eropah, China dan Amerika Syarikat mengalami penurunan pengeluaran kerana kekurangan cip automotif, termasuk cip yang dibekalkan dari Malaysia.
“Situasi itu membuka mata banyak pihak Malaysia mempunyai enam syarikat utama yang menghasilkan cip automotif, tidak termasuk pemain-pemain kecil lain,” katanya pada kepaada media SME-MNC Connect Day 2026 yang diadakan baru-baru ini.
Tambah beliau, situasi itu menjadikan Malaysia kini antara penyumbang penting dalam rantaian bekalan industri automotif global.
Katanya, penggunaan cip semikonduktor dalam (EV) adalah sekitar 3,000 cip bagi setiap kenderaan bagi menyokong pelbagai asas dan lanjutan dalam sistem EV, termasuk kawalan kuasa, keselamatan serta kecekapan operasi kenderaan.