
KUCHING, 28 April – Polis Kuching memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
- Nama: Carlos Vaildon David, 26 tahun, bekerja sebagai jurujual.
- Alamat terakhir: No. 25, Lot 4417, Taman Desa Permai, Jalan Dato Mohd Musa, Kota Samarahan.
- Kenderaan: Perodua Myvi nombor pendaftaran QAQ5824.
- Pakaian terakhir: baju-T hitam 'Switch', seluar sukan hitam dan kasut hitam. Maklumat hubungi 016-8547803 atau 082-244444.
Ketua Polis Daerah Kuching, Penolong Pesuruhjaya Polis ACP Alexson Naga Chabu berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai Carlos Vaildon David, 26 tahun, yang bekerja sebagai jurujual.
Menurut beliau, alamat terakhir mangsa adalah di No. 25, Lot 4417, Taman Desa Permai, Jalan Dato Mohd Musa, Kota Samarahan.
“Carlos dilaporkan menggunakan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi bernombor pendaftaran QAQ5824.
“Kali terakhir dia dilihat memakai baju-T hitam bertulis ‘Switch’, seluar sukan hitam serta kasut hitam,” menurut ACP Alexson.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta menghubungi Ketua Balai Polis Sekama, ASP Simon Renang di talian 016-8547803 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444.