
KUALA LUMPUR, 10 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian bekas Menteri Luar Iran, Dr. Kamal Kharazi yang meninggal dunia akibat kecederaan daripada serangan Zionis.
- Perdana Menteri Anwar menyatakan dukacita dan mengucapkan takziah atas pemergian Dr. Kamal.
- Beliau memuji Dr. Kamal sebagai seorang yang berilmu, berbudi pekerti tinggi dan sentiasa mesra.
- Anwar berkata dunia kehilangan seorang diplomat berkaliber dan beliau kehilangan rakan karib, takziah kepada keluarga serta rakyat Iran.
- Anwar mengimbas persahabatan mereka sejak Dr. Kamal menjadi utusan Iran ke PBB di New York hingga menjawat jawatan Menteri Luar.
Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau menyifatkan Dr. Kamal sebagai seorang yang berilmu, berhemah tinggi dan sentiasa bersikap mesra.
“Dunia kehilangan seorang diplomat yang berkaliber dan saya pula kehilangan rakan karib. Takziah saya ucapkan kepada keluarga beliau dan rakyat Iran.
“Pemergian beliau adalah peringatan tentang kesan dahsyat konflik ini.Peperangan mesti ditamatkan,” katanya.
Datuk Seri Anwar turut mengimbas persahabatan kedua mereka yang bermula ketika pemimpin berkenaan berkhidmat sebagai utusan Iran ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York.
Dan ia diteruskan sehingga Dr. Kamal menjawat jawatan Menteri Luar negara itu.