
ARAU, 21 Mac – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail diiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 2,000 rakyat jelata di Dataran Istiadat, Istana Arau dalam suasana penuh kesyukuran, kasih sayang dan kemeriahan.
- Solat sunat Aidilfitri di Dataran Istiadat bermula pukul 8.00 pagi, diimamkan Imam Besar Negeri Perlis Ustaz Amnan Muthqa Azanol.
- Khutbah khas bertajuk 'Membina Kemuliaan Ummat' disampaikan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
- Baginda beramah mesra dengan jemaah serta bergambar kenangan bersama hadirin selepas selesai solat.
Tuanku Syed Faizuddin Putra tiba di perkarangan Dataran Istiadat kira-kira pukul 7.55 pagi, diikuti Tuanku Syed Sirajuddin pada pukul 7.56 pagi.
Solat sunat Aidilfitri di seluruh Negeri Perlis dilaksanakan di tanah lapang yang diselaraskan bermula pada pukul 7.45 pagi sehingga pukul 8.15 pagi bergantung kepada keputusan yang dipilih oleh Jawatankuasa Kariah masing-masing.
Bagi Solat Sunat Aidilfitri di Dataran Istiadat bermula pukul 8.00 pagi diimamkan Imam Besar Negeri Perlis, Ustaz Amnan Muthqa Azanol.
Selesai solat, Baginda turut mendengar khutbah khas bertajuk ‘Membina Kemuliaan Ummat” yang di sampaikan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Selesai solat sunat Aidilfitri, Baginda berkenaan beramah mesra dengan jemaah yang hadir serta bergambar kenangan bersama semua jemaah.
Turut hadir menunaikan solat Sunat Aidilfitri ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah beserta Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al‑Haj Jamalullail, serta puteri-puteri Baginda berdua, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.