
KUALA LUMPUR, 16 Mac – Minat usahawan desa untuk menyertai program pendigitalan yang dianjurkan kerajaan adalah tinggi.
- Perlunya bimbingan khusus dalam pemasaran dan penggunaan platform digital untuk usahawan desa.
- Program kerajaan memberi ruang mempertingkatkan kemahiran pemasaran digital dan penggunaan platform secara efektif.
- Tanpa bimbingan, mereka berisiko kekal di pasaran tempatan; bimbingan betul bantu menembusi pasaran lebih luas.
- Cabaran termasuk kemahiran digital terhad dan kemudahan internet kurang memuaskan di sesetengah kawasan luar bandar.
Namun, mereka memerlukan bimbingan khusus dalam pemasaran dan penggunaan platform digital, kata Naib Presiden Bahagian Penerima Gunaan Digital, Wan Murdani Wan Mohamad.
Jelas beliau, program yang dianjurkan memberi ruang kepada usahawan desa untuk mempertingkatkan kemahiran pemasaran digital dan memanfaatkan platform digital secara efektif.
“Tanpa bimbingan, usahawan desa berisiko kekal bergantung kepada pasaran tempatan sahaja.Usahawan desa perlu keluar daripada zon selamat mereka dan mempertengahkan produk di luar kawasan setempat. Dengan bimbingan yang betul, mereka boleh menembusi pasaran lebih luas,” kata beliau ketika ditemui selepas rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media, di sini hari ini.
Selain kemahiran digital yang terhad, usahawan desa juga menghadapi cabaran kemudahan internet yang kurang memuaskan di sesetengah kawasan luar bandar.