Isi VSP sebelum pulang beraya – Polis Dungun

Superintenden Maizura Abdul Kadir (dua kanan) pada sesi  ‘walk about’ di bazar Ramadan Batu 48 di Dungun, Terengganu semalam

DUNGUN, 11 Mac- Komuniti di daerah sini dinasihatkan supaya memaklumkan ketiadaan mereka di rumah melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) sebelum pulang beraya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis laksanakan program High Profile Policing termasuk 'walk about' di bazar Ramadan, pengedaran risalah dan penerangan tanggungjawab komuniti.
  • Rondaan berkala dijalankan di setiap kawasan perumahan sepanjang musim cuti Aidilfitri bagi memastikan keselamatan penduduk.
  • IPD Dungun menjalankan rondaan ke premis ditinggalkan sepanjang tempoh bercuti.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata langkah itu membolehkan pemantauan dan rondaan oleh pihaknya dijalankan dengan lebih berkesan sepanjang musim Aidilfitri.

“Mereka hendaklah memaklumkan ketiadaan melalui aplikasi VSP, yang telah kami sampaikan kepada komuniti.

“Maklumat ini membolehkan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun menjalankan rondaan ke premis yang ditinggalkan sepanjang tempoh bercuti,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turut melaksanakan program High Profile Policing (HPP) termasuk sesi ‘walk about’ di bazar Ramadan yang merangkumi pengedaran risalah dan penerangan secara langsung tentang tanggungjawab komuniti sebelum meninggalkan rumah.

Selain itu, jelas beliau, rondaan berkala tetap dijalankan di setiap kawasan perumahan sepanjang musim cuti Aidilfitri bagi memastikan keselamatan penduduk.

Superintenden Maizura ditemui media selepas mengadakan lawatan program HPP di Bazar Ramadan Batu 48, di sini pada Selasa.