Pelajar kolej di Kuantan meninggal dunia, tiada unsur jenayah – Polis

Allahyarham Nur Alia Liyana Ya, 19 tahun

KUANTAN, 5 Mac- Seorang pelajar perempuan yang ditemukan tidak sedarkan diri di biliknya di sebuah kolej di Gambang di sini pada Rabu lalu, disahkan meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bedah siasat di HTAA sahkan punca kematian: pengumpulan cecair di paru-paru kiri dan jangkitan kuman kronik dalam perut.
  • Mangsa, pelajar perempuan 19 tahun, ditemui tidak sedarkan diri di atas katilnya oleh rakan sekelas pagi itu.
  • Pemeriksaan pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Gambang mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum dihantar ke hospital.
  • Pihak polis mengesahkan tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Ashari Abu Samah berkata hasil bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan mendapati kematian Nur Alia Liyana Ya, 19, disebabkan pengumpulan cecair di paru-paru kiri dan jangkitan kuman kronik dalam perut.

Menurutnya, rakan sekelas memaklumkan mangsa tidak hadir ke kelas dan tidak menjawab panggilan sebelum ditemui tidak sedarkan diri di atas katilnya kira-kira pukul 10.37 pagi

Pemeriksaan bersama pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Gambang kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan.

Tambah Ashari, tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.