
TEHRAN, 1 Mac – Gelombang baharu serangan peluru berpandu dan dron Iran membuahkan hasil.
RINGKASAN BERITA AI
- Pengawal Revolusi mengesahkan serangan ke atas pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln berjaya.
- Empat peluru berpandu balistik mengenai sasaran di Teluk.
- Tindakan itu dikatakan sebagai pembalasan terhadap serangan AS dan Israel.
- Pengawal memberi amaran darat dan laut akan menjadi kubur bagi penceroboh.
Pengawal Revolusi Iran mengesahkan serangan terhadap pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln di Teluk berjaya dengan empat peluru berpandu balistik mengenai sasaran.
Pengesahan itu disiarkan media tempatan Iran pada Ahad dengan menegaskan ia sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat dan Israel yang membunuh pemimpin tertinggi negara itu.
Pengawal terbabit juga memberi amaran bahawa darat dan laut akan semakin menjadi kubur kepada pengganas dan peceroboh negara berkenaan. – AFP