
PADAWAN, 28 Februari – 12 individu ditahan dalam satu operasi yang dijalankan bermula tengah hari semalam hingga tengah malam tadi di sekitar kawasan Matang dan Batu Kawa, Kuching.
- 12 individu ditahan dalam operasi di Matang dan Batu Kawa oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan.
- Tangkapan melibatkan 11 lelaki dan seorang wanita berumur 23 hingga 52 tahun.
- Lima suspek disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952; seorang lagi di bawah Seksyen 39A(1).
- Ujian saringan awal air kencing positif syabu; semua turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a).
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dalam kenyataan memaklumkan, kesemua tangkapan melibatkan 11 lelaki dan seorang wanita berusia antara 23 hingga 52 tahun.
“Empat lelaki dan seorang wanita disiasat bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah berbahaya.
“Seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun pula disiasat bawah Seksyen 39A(1) akta yang sama,” menurut kenyataan itu.
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif syabu dan turut disiasat bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.