Perkhidmatan kaunseling PSSS akan diperluas

FOTO FB Hajah Nancy Haji Shukri

KUCHING, 18 Februari – Perkhidmatan kaunseling menerusi Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) akan diperluaskan bagi membantu masyarakat menangani tekanan serta gangguan emosi yang semakin meningkat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkhidmatan kaunseling PSSS akan diperluaskan untuk membantu masyarakat menangani tekanan dan gangguan emosi.
  • Langkah diambil susulan keperluan mendesak sokongan psikososial dalam komuniti.
  • Kepekaan jiran dan masyarakat penting untuk mengesan tanda awal gangguan emosi.
  • Program ini disokong oleh kementerian dan dilaksanakan bersama pihak berkuasa tempatan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah itu diambil susulan keperluan mendesak masyarakat mendapatkan sokongan psikososial.

Menurut beliau, sejak Oktober 2021 hingga Disember 2025, sebanyak 156,033 kes klien telah disantuni dan berjaya diselesaikan melalui perkhidmatan berkenaan.

Tambahnya, kepekaan jiran dan masyarakat amat penting dalam mengesan tanda awal gangguan emosi supaya tindakan awal dapat diambil.

Beliau ditemui selepas menghadiri Program Ihya Ramadan di Masjid Darul Hana, Petra Jaya yang dianjurkan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Santubong dan dihadiri kira-kira 600 jemaah.