
KUALA LUMPUR, 17 Februari- Semua perayaan di Malaysia harus diraikan dalam suasana muhibah dan menjadi wadah memperkukuh persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
- Semua perayaan di Malaysia harus diraikan dalam suasana muhibah untuk memperkukuh persefahaman antara kaum.
- Perdana Menteri memberi tumpuan khas kepada masyarakat Tionghua yang menyambut Tahun Baharu Cina.
- Beliau menggesa semua pihak elak mencetus ketegangan dan utamakan usaha memupuk perpaduan serta keharmonian.
Demikian dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Tahun Baharu Cina hari ini.
“Hari ini kita menumpukan semangat khususnya kepada masyarakat Tionghua yang menyambut Tahun Baharu Cina. Itu yang paling penting ketika ini,” katanya.
Dalam masa sama, beliau menggesa semua pihak agar tidak mencetuskan sebarang ketegangan, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha memupuk perpaduan dan keharmonian rakyat.
Menurutnya, hari perayaan wajar dimanfaatkan untuk mengeratkan hubungan serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA 2026 di Wisma MCA di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.