
DOHA, 15 Februari – Bekas finalis Terbuka Perancis, Karolina Muchova menamatkan kemarau enam tahun apabila menewaskan pemain Kanada, Victoria Mboko 6-4, 7-5 untuk menjuarai Qatar Open pada Sabtu, sekali gus meraih gelaran WTA 1000 pertamanya.
- Karolina Muchova menjuarai Qatar Open selepas menewaskan Victoria Mboko 6-4, 7-5.
- Kemenangan itu menamatkan kemarau gelaran selama enam tahun dan gelaran WTA 1000 pertamanya.
- Muchova tunjuk konsistensi dan bijak ubah rentak permainan selepas pulih daripada kecederaan serius.
Pemain dari Republik Czech berusia 29 tahun itu sebelum ini berdepan pelbagai masalah kecederaan dan terpaksa berehat selama 10 bulan susulan kecederaan pergelangan tangan yang dialami pada 2023.
Muchova tidak pernah memenangi sebarang gelaran Jelajah WTA sejak menjuarai Korea Open pada September 2019.
Dalam perlawanan akhir tersebut, beliau mempamerkan aksi konsisten dengan meminimumkan kesilapan selain bijak mengubah rentak permainan bagi menewaskan Mboko dalam tempoh satu jam 34 minit.- REUTERS