Kejohanan Muay Thai: Matrix War Belt platform cungkil bakat baharu

Kamarulzaman Shariffudin

SEREMBAN, 8 Februari – Penganjuran Kejohanan Muay Thai: Matrix War Belt 2026 menjadi platform strategik dalam mencungkil bakat baharu sukan Muay Thai sekali gus mempromosikan Negeri Sembilan sebagai destinasi sukan dan pelancongan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyertaan lebih 100 peserta dari seluruh negara menunjukkan acara berjaya mencungkil bakat baharu Muay Thai.
  • Sokongan syarikat swasta memperkukuh pembangunan sukan tempatan dan komuniti setempat.
  • Matrix War Belt membantu mempromosikan Negeri Sembilan sebagai destinasi sukan dan pelancongan.
  • Perlawanan tumpuan menyaksikan kemenangan Faizi Buakaw, menarik kira-kira 5,000 penonton.

Kejohanan itu juga mencerminkan komitmen syarikat sektor swasta dalam menyokong komuniti selain merancakkan pembangunan sukan tempatan.

Ketua Hospitaliti Matrix Concepts, Kamarulzaman Shariffudin selaku penganjur bersama Persatuan Muay Thai Negeri Sembilan berkata, penyertaan melibatkan lebih 100 peserta dari seluruh negara membuktikan acara itu mendapat sambutan yang mengalakkan selain berpotensi membentuk dispilin serta jati diri generasi muda.

“Kita juga memberikan sokongan kepada komuniti dan acara‑acara seperti ini kerana ia dapat mencungkil bakat‑bakat baharu. Aktiviti sukan sebegini amat digalakkan.

“Selain itu, sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan, saya berbangga kerana hari ini kita dapat menggalakkan penyertaan daripada beberapa negeri, termasuk negeri yang paling jauh, iaitu Perlis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui RTM pada Kejohanan Muay Thai: Matrix War Belt 2026 yang berlangsung di sini malam tadi.

Pada Kejohanan itu, perlawanan tumpuan menyaksikan Faizi Buakaw dari Negeri Sembilan mempamerkan aksi bertenaga sebelum mencatat kemenangan ke atas Dikmiy Rembo (Kelantan).

Kejohonan itu turut menerima sambutan yang meggalakkan dengan kehadiran kira-kira 5,000 penonton.