AS teruskan tekanan ekonomi terhadap Iran

Foto Reuters

WASHINGTON, 21 Ogos — Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada sekutu dan China supaya menyokong kempen ekonomi baharu bagi melumpuhkan kerajaan Iran, atau berdepan tindakan tegas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent mahu pengasingan ekonomi meluas terhadap Iran dan menggesa China menyokongnya, dengan rundingan sebahagiannya sulit.
  • Tekanan ekonomi dipertingkatkan bertujuan melemahkan keupayaan Iran membiayai dan menyokong kumpulan proksi serantau.
  • Bessent yakin tekanan terbaharu akan berjaya dan mengurangkan kemungkinan operasi ketenteraan berskala besar, beliau akan mengadakan sidang media Isnin.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, berkata Washington mahu melaksanakan usaha pengasingan ekonomi terhadap Iran yang disifatkannya sebagai antara yang terbesar dalam sejarah.

Beliau turut menggesa Beijing supaya menyokong kempen berkenaan, sambil memberi bayangan bahawa sebahagian rundingan dengan China akan dilakukan secara tertutup.

Bessent berkata tekanan ekonomi yang dipertingkatkan bertujuan melemahkan keupayaan kerajaan Iran untuk membiayai dan menyokong kumpulan proksi di rantau berkenaan.

Menurutnya, walaupun AS telah mengenakan beberapa siri sekatan ekonomi sejak Presiden Donald Trump melancarkan perang terhadap Tehran pada akhir Februari, kerajaan Iran masih mampu bertahan.

Bagaimanapun, Bessent yakin tekanan terbaharu itu akan berjaya dan membawa kepada kejatuhan kerajaan Iran.

Beliau turut berkata peningkatan tekanan ekonomi bermakna kemungkinan AS melancarkan semula operasi ketenteraan berskala besar terhadap Iran adalah lebih rendah buat masa ini.

Bessent dijadual mengadakan sidang media pada Isnin bagi menjelaskan perincian kempen tekanan ekonomi baharu tersebut.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.