Warga Labuan sambut baik usaha perkukuh tadbir urus TH

Foto Fail TH

LABUAN, 20 Ogos – Usaha memperkukuh tadbir urus Lembaga Tabung Haji (TH) secara telus, berintegriti dan bertanggungjawab disambut baik masyarakat di Labuan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penduduk menyifatkan syor dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja sebagai langkah positif untuk memperkukuh pengurusan Tabung Haji.
  • Usaha penambahbaikan penting untuk mengembalikan kepercayaan pendeposit dan meraih semula sokongan masyarakat terhadap institusi.
  • Langkah memperkukuh tadbir urus dijangka meningkatkan keyakinan, keselamatan dana dan menarik lebih ramai pendeposit menyimpan di Tabung Haji.

Langkah itu dilihat penting bagi memastikan keyakinan pendeposit terhadap pengurusan dana dan institusi berkenaan terus terpelihara.

Tinjauan RTM mendapati penduduk menyifatkan syor penambahbaikan yang dikemukakan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebagai langkah positif untuk memperkukuh pengurusan TH.

Bendahari Masjid Sirajul Islam Kampung Tanjung Aru, Mohamad Gadafi Ag. Apong berkata, usaha berkenaan penting bagi meraih semula sokongan masyarakat terhadap institusi itu.

“Saya amat menyokong tindakan yang dibuat untuk mengembalikan kepercayaan pendeposit atau bakal pendeposit untuk terus menyokong TH.

“Kita perlu meremajakan kembali TH untuk menarik semula sokongan rakyat kepada institusi itu,” katanya.

Bendahari Surau Darussalam Kampung Patau-Patau Dua, Mohd Fairoz Abbas pula menyifatkan cadangan berkenaan mampu meningkatkan tahap keyakinan masyarakat.

“Satu cadangan yang bagus. Dengan keadaan itu, kita lebih yakin, lebih terperinci, lebih selamat dan dapat mengembalikan keyakinan serta kepercayaan terhadap TH,” katanya.

Sementara itu, Bendahari Masjid Al-Munawar Kampung Pohon Batu, Suraya Bakar berkata, langkah memperkukuh institusi itu juga berpotensi menarik lebih ramai pendeposit.

“Ini adalah langkah yang paling baik dan sesuai untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai kepada TH.

“Selain itu, ia boleh menambah pendeposit untuk menabung di TH,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.