Tiga maut dalam runtuhan salji di Itali

Kawasan runtuhan salji di Itali/ REUTERS

ITALI, 8 Februari – Sekurang-kurangnya tiga individu maut dalam runtuhan salji yang melanda utara Itali pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiga maut akibat runtuhan salji di utara Itali, dengan angka korban mungkin meningkat kerana keadaan Alps tidak stabil.
  • Di Lombardy dua terkorban berhampiran Albosaggia; di Trentino seorang pemain ski mati selepas runtuhan di Marmolada.
  • Pemanjat bermain off-piste; operasi menyelamat guna helikopter dan anjing, kejadian lain di Aosta Valley tidak menyebabkan kecederaan.

Pihak berkuasa menyatakan angka korban berpotensi meningkat kerana keadaan di kawasan Alps masih tidak stabil.

Di Lombardy, dua individu dilaporkan terkorban selepas terperangkap dalam salji runtuh berhampiran Albosaggia, menurut pengesahan pihak berkuasa.

Sementara itu, di Trentino, seorang pemain ski ditemukan maut selepas runtuhan salji kedua di Marmolada massif, berhampiran Punta Serauta.

Menurut Alpine Rescue Service mangsa merupakan salah seorang daripada empat pemain ski Itali berusia 40-an yang meninggalkan laluan ski yang ditanda untuk bermain di luar trek (off-piste).

Pasukan penyelamat tiba dengan helikopter dan unit anjing digunakan, namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebelum itu, satu kejadian sama turut berlaku di Aosta Valley telah menimbus dua peluncur ski namun berjaya diselamatkan oleh rakan mereka tanpa mengalami kecederaan.

Pihak berkuasa berkata laporan kematian tambahan susulan satu insiden lain di Trentino masih belum disahkan.- REUTERS